Program ini adalah merupakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan dari Kelab Belia SMART Wilayah Persekutuan. Program ini telah diadakan pada 4 September 2010 bertempat di Rumah Kelab Warga Emas Jalan Siakap. Majlis ini adalah merupakan anjuran bersama dari Kelab Warga Emas Jalan Siakap yang merupakan ahli-ahlinya adalah dari kumpulan warga emas KRT Sri Melaka. Seramai 50 orang dari kalangan Ahli-ahli KEWE Jalan Siakap yang layak menerima sumbangan telah menerima sumbangan tersebut.
Penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Sdr. Rizalman Dato' Mokhtar, Ketua Kelab Belia SMART WP merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan. Turut Hadir pada majlis tersebut serta bersama-sama menyempurnakan penyampaian Sumbangan ialah YBhg. En. Mohamad Bin Hapil, Ketua Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia.
KRT Sri Melaka Mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat.
Tahniah KRT Sri Melaka kerana telah memasuki alam maya IT melalui blokspot.
ReplyDelete