>

Wednesday, April 20, 2011

INTEGRASI NASIONAL

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan & Salam 1Malaysia;
Berikut untuk renungan anda dipetik dari JAKIM.
Quote
Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman damai. Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal ianya perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Sekiranya ini diabaikan maka lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang akhirnya merebak kepada huru-hara, perpecahan dan perbalahan.
Tuntutan supaya mengekalkan hubungan yang baik dengan jiran dinyatakan dalam sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
'Jibrail berkali-kali mengingatkan aku (supaya berbuat baik) terhadap jiran sehingga aku merasakan seolah-olah mereka akan mewarisi hartaku'.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Pedoman Berjiran
Satu realiti kehidupan pada hari ini ialah kita dikelilingi oleh manusia yang mempunyai pelbagai citarasa, pandangan, minat, gaya, sikap, akhlak, perangai, bahasa dan budaya yang berlainan dan berbeza-neza. Jenis dan ragam manusia yang bermacam-macam ini ditambah lagi tidak semua mereka memiliki hati yang suci bersih dan luhur menyebabkan usaha mewujudkan suasana kerukunan hidup berjiran menghadapi sedikit kesulitan dan kerumitan.
Walau bagaiamanpun, perkara ini dapat diatasi sekiranya masing-masing mengamalkan dan menghayati sikap berlapang dada, bertolak ansur, saling faham memahami, meningkatkan kesabaran, bertukar-tukar pendapat, mencari titik persamaan dan mengeratkan hubungan yang renggang dengan penuh hikmah dan mahabbah. Di samping itu, sikap-sikap yang negatif seperti berburuk sangka, irihati, dengki, fitnah dan sebagainya perlulah dikikis dan dijauhkan.
Sememangnya diakui bahawa usaha memupuk semangat kejiranan perlu dilakukan dengan gigih dan berterusan. Pelbagai pendekatan dan amalan boleh dibuat bagi memenuhi hasrat tersebut. Antaranya,


Bertegur Sapa
Amalan bertegur sapa sesama jiran adalah titik permulaan terjalinnya hubungan yang erat dan mesra. Membiasakan diri bertanya khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat menjadi penghubung kepada amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesama jiran apabila ditimpa masalah atau kesulitan yang akhirnya memberi jalan penyelesaian kepada kesejahteraan dan kebahagiaan hidup.
Oleh itu, amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap orang dan menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan akrab sesama jiran.


Kunjung-Mengunjung
Meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan lagi semangat hidup berjiran. Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung atau menziarahinya. Ini kerana peluang masa berbicara yang lebih panjang dan suasana rumah yang lebih tenteram memungkinkan kita mengenali dan menyelami suka dan duka jiran secara lebih dekat.
Namun demikian, kita perlulah pandai memilih waktu yang sesuai agar kunjungan kita itu tidak menganggu waktu rehat mereka yang boleh mengakibatkan kesan yang negatif pula. Sekurang-kurangnya amalan berkunjung ke rumah jiran dilakukan pada hujung minggu atau sempena hari-hari perayaan tertentu.

Menghulurkan Bantuan
Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila sanggup mengenepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran pada masa diperlukan. Pengorbanan seumpama ini sememangnya tidak mudah dilupakan oleh sesiapapun apatah lagi jiran yang terdekat.
Semakin kerap kita menolong jiran maka pada masa yang sama semakin kuat pula ikatan kejiranan. Dengan sebab itu, amalan menolong jiran adalah amalan yang paling berkesan dalam mengekalkan hubungan kejiranan yang baik sekalipun telah berpindah rumah. Seharusnya amalan ini dilakukan oleh setiap daripada kita.

Bergotong-Royong
Aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung, masjid, balairaya, longkang dan sebagainya ataupun membaiki rumah atau jambatan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, kebakaran dan sebagainya sememangnya dapat memupuk dan meyemai hubungan baik dan semangat kejiranan.
Aktiviti bergotong-royong ini dapat menyatupadukan penduduk setempat kepada satu tujuan yang murni seperti menjaga kebersihan, memelihaar alam sekitar, membantu jiran dan lain-lain lagi. Sewajarnyalah amalan ini dihidupkan bagi menjana satu masyarakat yang bersatupadu dan hidup harmoni sesama mereka.

Perkelahan Keluarga
Mengadakan program perkelahan keluarga adalah amalan terbaik dalam menjalinkan kemesraan penduduk setempat. Seharusnya kita memanfaatkan sebaik mungkin destinasi-destinasi pelancongan yang banyak terdapat di negara kita bagi menjayakan program ini seperti Batu Layar di Kota Tinggi, Johor, Pantai Kundur di Melaka, Hutan Lipur Lentang di Bentong, Pahang dan sebagainya.
Banyak acara dan permainan yang boleh dijalankan dalam mengisi program perkelahan keluarga ini sama ada untuk dewasa, kanak-kanak atau keluarga seperti berebut kerusi, mencari barang, mencari harta karun, tarik tali, tiup belon dan sebagainya. Siapa sangka keseronokan yang dirasai secara tidak langsung boleh mengeratkan lagi hubungan kejiranan!
Banyak lagi amalan yang boleh dilakukan bagi menguatkan hubungan kejiranan seperti bertukar-tukar juadah atau kuih-muih, mengadakan kelas kemahiran seperti jahitan dan sulaman, mengadakan progran lawatan sambil belajar, mengadakan rumah terbuka dan sebagainya. Apa yang penting ialah adanya kesungguhan dari dalam diri setiap daripada kita dalam mengorak langkah bagi mewujudkan masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan dan seterusnya membawa kepada kesejahteraan dan kebahagiaan.


Kesimpulan
Maka dengan ini, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu. Walau sebesar mana sekalipun gelombang perubahan yang melanda masyarakat kita namun semangat kejiranan tetap menjadi keutamaan. Kekuatan hubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni mengukuhkan ikatan ukhuwwah Islamiah dan kasih sayang yang kadangkala melebihi daripada keluarga sendiri. Kehidupan yang mendapat keberkatan daripada Allah swt adalah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan.
Unquote.

Wednesday, February 16, 2011

PERARAKAN DAN PERHIMPUNAN MAULIDURRASUL 1432H

KRT Sri Melaka bersama Persatuan Penduduk Flat Sri Melaka dengan kerjasama dari DBKL Cawangan Bandar Tun Razak dan Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL Zon 1 telah menganjurkan Perarakan dan Perhimpunan Maulidurrasul 1432H pada 15 Febuari 2011( bersamaan 12 Rabiaul Awwal 1432H) di Padang Perumahan Sri Melaka. Hampir 800 orang penduduk Flat Sri Melaka telah mengambil bahagaian.
Diantara program yang telah diatarukan ialah; Perarakan oleh Kontinjen Blok-blok perumahan DBKL Kawasan Perumahan Awam Sri Melaka bermula dari jam 7.30 pagi. Sebanyak 20 Kontinjen telah mengambil bahagian dalam perarakan tersebut ke pusat perhimpunan di Padang Perumahan Awam Sri Melaka.

Kontinjen Blok 28 Flat Sri Melaka adalah kontinjen yang bertama sampai di pusat perhimpunan dan diikuti oleh Blok 24 dan lain-lain kontinjen yang mengambil bahagian.

Kumpulan Masrhaban dari Masjid Azzubair Ibnul Awwam telah memimpin Selawat dan Marhaban bermula dari jam 8.15 pagi haingga jam 9.00 pagi. Program seterusnya diikuti oleh Ceramah oleh Al Fadzil Ustaz Noradli Musa bertajuk Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Perhimpunan diakhiri dengan persembahan Nasyid Khas dari Kumpulan Marhaban Masjid Azzubair Ibnul Awwam diikuti dengan agihan makanan untuk peserta perhimpunan pada 10.40 pagi.
Jawatankuasa Penganjur mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan Perarakan dan Perhimpunan Maulidurrasul 1432H.

SEDUTAN GAMBAR-GAMBAR DI KAWASAN PERHIMPUNAN

Sebahagian dasri Peserta yang Mengambil Bahagian
Kumpulan Marhaban Masjid Azzubair Ibnul Awwam

En. Hakim Dewa (kanan) sedang memperkatakan sesuatu kepada peserta perhimpunan

Sebahagian dari peserta blok 28
  
Sebahagian Dari Perserta Kanak-kanak Yang Mengambil Bahagian
 

Cik Husna, Pegawai Perpaduan Daerah Cheras JPNIN (kanan) Mewakili JPNIN WP
   


Kontinjen Pertama Yang Sampai ke Pusat Perhimpunan
 

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 1432H



SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 1432H
DARI
PENGERUSI & AHLI JAWATANKUASA KRT SRI MELAKA
KETUA & AJK SRS SKIM "A" KRT SRI MELAKA
KETUA & AJK SRS SKIM "B" KRT SRI MELAKA
KETUA & AJK SRS SKIM "C" KRT SRI MELAKA